Kia Stinger GT420 – ubah suai voor kegunaan lita

Translating…

InBahasa Malaysia,Berita Antarabangsa /By / /0 comments

Rasanya ramai sudah tahu, hanya tunggu masa sahaja sebelum Kia memperkenalkan versi ubah suai ekstrem untuk kereta sports mereka, iaituStinger. Kini, masa itu telah tiba dan Kia mendedahkan Stinger GT420 – sebuah jentera litar yang dibangunkan bersama cabang kejuruteraan mereka di United Kingdom dan Eropah, dengan diketuai oleh bekas jurutera Ford, Tyrone Johnson.

Asas yang digunakan adalah Stinger GT, yang dilengkapi dengan enjin petrol V6 3.3 litertwin turbo, dengan kemampuan 365 hp dan 510 Nm tork. Sudah tentu, kuasa daripada enjin asal ini ditingkatkan lagi sehingga menjadi 428 hp dan 560 Nm, hasil penggunaan palam pencucuh HKS M45il, penapis udara sports K&N dan sistem ekzos empat muncung serba ringan Milltek Sport tanpacatalytic converter.

Untuk sistem penyejukan, transmisi automatiknya dipasang dengan penyejuk enam baris (menggantikan unit empat baris standard) manakala pengawal transmisi telah dikalibrasi semula untuk penukaran gear yang lebih cepat dalam mod Sport dan Sport .

Disebabkan ini adalah versi kegunaan litar, bahagian dalam juga dikosongkan untuk menjadikannya lebih ringan. Bermakna, tiada lagi barangan asal seperti tempat duduk, tali pinggang, sistem bunyi, pelindung bawah enjin dan badan, pengesan jarak, penyerap bonet dan but, serta motor cermin belakang, manakala cermin belakang pula dilekatkan terus kepada rangkanya. Bumbung suria pula diganti dengan panel besi dengan strukturhoneycomb.

Selepas dipasang denganroll cage, tempat duduk lumba Sparco berserta tali pinggang khas, pemadam api dan bateri LiPo Lite Blox, kereta ini masih dapat mencatat berat kurang sebanyak 150 kg berbanding asal. Kemudiannya, ia juga dipasang dengan rim Leggera OZ Racing yang dibalut tayar Pirelli Trofeo R, angkup brek Brembo enam piston, cakera 380 mm, pad brek Endless serta crossmember hadapan yang diubah suai untuk meningkatkan sudutcamberkepada -2.5 darjah.

Pada roda belakang, brek standard Stinger GT masih lagi dikekalkan, tetapi semua roda diberikan penyalur udara sebagai sistem penyejuk. Penyerap hentak jenis adaptif asal Stinger GT kini diganti dengan penyerap biasa, dan dipadankan bersama spring Eibach Pro sertaanti-roll bar25 mm di hadapan dan 17 mm di belakang.

Sistem keselamatan elektronik seperti ABS, kawalan cengkaman dan ESC pada kereta ini juga telah dilaras semula untuk kegunaan dalam litar, dan Kia memberitahu Stinger GT420 lebih mudah melakukandrift, terutamanya dalam mod Sport dengan kawalan cengkaman dan ESC ditutup sepenuhnya.

Akhir sekali, untuk menjadikan penampilannya lebih garang, GT420 dipasang dengansplitterhadapan,diffuserbelakang sertaspoilerbelakang daripada Air Design. Pelengkapnya adalah grafik dua tona merah dan putih.

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan’ ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

Previous Post:
Next Post:

Lees Verder

Plaats een reactie